Tuesday, February 24, 2009 @ 10:18 AM
* road to new world.
Di dalam sebuah dimensi, terdapat sebuah kerajaan yang aman damai bernama Hyaku. Kerajaan ini telah berdiri teguh sejak beribu-ribu abad dan mencapai zaman kegemilangan ketika Raja Tsugimatsu memerintah. Baginda telah membina sebuah empayar yang lengkap dari segi ketenteraan, ekonomi dan sebuah masyarakat yang patuh. Baginda mempunyai seorang puteri remaja bernama Resha. Resha adalah puteri tunggal baginda dan pewaris tunggal takhta Ayahandanya. Puteri disegani rakyat jelata Hyaku kerana sikapnya yang peramah dan lemah lembut. Rakyat Hyaku berasa lega kerana kerajaan itu akan diwarisi olehnya.
Namun begitu, sedang Resha berjalan menuju ke taman, dia ternampak pengawal sedang bergelut untuk melindungi Ayahandanya daripada serangan penceroboh. Tetapi perjuangan mereka seperti sia-sia kerana serangan penceroboh itu berbentuk sihir dan bukanlah senjata tajam seperti pedang. Resha cuba untuk berlari ke arah baginda namun perjalanannya terhenti setelah terserempak dengan salah seorang penceroboh itu dan terjatuh. Tersenyum penceroboh itu kerana Resha berada di depan matanya.
Penceroboh: Well well… Nampaknya kita ada “tikus” sesat disini… “Pandai”… Senang kerjaku menguruskan kau…
Namun begitu, sedang Resha berjalan menuju ke taman, dia ternampak pengawal sedang bergelut untuk melindungi Ayahandanya daripada serangan penceroboh. Tetapi perjuangan mereka seperti sia-sia kerana serangan penceroboh itu berbentuk sihir dan bukanlah senjata tajam seperti pedang. Resha cuba untuk berlari ke arah baginda namun perjalanannya terhenti setelah terserempak dengan salah seorang penceroboh itu dan terjatuh. Tersenyum penceroboh itu kerana Resha berada di depan matanya.
Penceroboh: Well well… Nampaknya kita ada “tikus” sesat disini… “Pandai”… Senang kerjaku menguruskan kau…
Penceroboh itu cuba menyerangnya tetapi serangan itu ditepis oleh seorang ‘swordsman’ perempuan, iaitu srikandinya yang bernama Funanori.
Funanori: Puteri, lari!!!
Resha tidak menjawab apa-apa kecuali memberi anggukkan dan berdiri lantas lari dari tempat tersebut. Funanori yang masih berjuang menepis semua serangan sihir penceroboh tersebut. Setelah mendapat peluang, Funanori bergerak mara ke hadapan dan cuba untuk menikam penceroboh itu tetapi serangannya terhenti setelah nampak baginda sedang diacukan pisau. Ketua penceroboh itu memunculkan diri secara tiba-tiba dan berkata kepada Funanori…
Kyuzo: Berhenti menyerang orang-orangku dan akan kubebaskan Tsugimatsu.
Raja Tsugimasu: Jangan Funanori!!
Funanori terpaksa mengabaikan perintah Raja Tsugimatsu dan,tidak ada pilihan kecuali melepaskan pedangnya.
Funanori: Maafkan patik, Tuanku… Patik tak mahu melihat Tuanku dibunuh.
Seorang perempuan iaitu salah seorang penceroboh itu menyerang Funanori dari belakang dan menyebabkannya rebah. Setelah itu, Kyuzo tersenyum melihat Funanori rebah dan mengarah agar pisau tadi dialihkan daripada leher baginda dan mengikat baginda dan pengikut-pengikutnya. Kyuzo kemudian berjalan kearah Raja Tsugimasu sambil tersenyum.
Kyuzo: Rasa bodoh bukan? Mesti kau tak sangka kau akan dibelot sedemikian rupa. Tetapi… Kau patut tahu. Aku ni sebenarnya baik. Contohnya… Anak perempuan kau, she’s not dead…yet.
Raja Tsugimatsu: Jangan apa-apakan anak aku!
Kyuzo: Makin kau merayu makin aku naik menyampah. Bawa mereka pergi.
Kyuzo mengetip jarinya mengarahkan pengikutnya sambil jalan meninggalkan tempat itu diikuti oleh sekumpulan pengikutnya yang tertinggi.
Morita: Tuan, bagaimana sekarang?
Kyuzo: Kita mesti uruskan Resha. Dia adalah pewaris tunggal Tsugimatsu. Lagi satu, jangan biarkan sesiapa terlepas. Kalau tidak, aku bunuh orang-orang kamu. Faham?
Walaupun bernada tenang dan lembut, tapi pengikut-pengikutnya itu tetap berasa gerun dengan ugutan itu. Kyuzo tidak pernah bergurau dalam hal membunuh. Resha, adalah seperti seorang pelarian sekarang. Dia meredah sebuah hutan sedalam-dalamnya dengan harapan agar pembelot tadi tidak akan menjumpainya. 10 minit kemudian, 3 orang pengikut Kyuzo muncul dihadapan Resha. Dia cuba melarikan diri daripada mereka dengan memasuki hutan belantara tersebut. Sementara itu, Raja Tsugimatsu dan yang lain telah diletakkan didalam penjara. Funanori yang duduk didalam penjara yang sama berjalan kearah Raja Tsugimatsu.
Funanori: Jangan risau Tuanku. Tuan Puteri adalah seorang yang bijak. Patik pasti tuan Puteri masih hidup.
Raja Tsugimatsu: Beta tahu.
Tiba-tiba sebuah lubang hitam muncul didinding penjara tersebut dan 2 ahli sihir kembar keluar daripada lubang tersebut. Mereka adalah Luna(kakak) dan Lina(adik) Rize. Mereka menghulurkan tangan mereka…
Luna: Tuanku, mari kita pergi. Kyuzo takkan lepaskan Tuanku.
Lina: Lebih baik kita pergi sekarang!
Funanori menyambut tangan mereka.
Funanori: Tuanku, mari kita pergi!
Raja Tsugimatsu: Tidak… Beta tidak mahu! Pergilah kamu menyelamatkan Resha. Pergi sekarang!
Lina: Tuanku! Mereka pasti akan bunuh Tuanku!
Raja Tsugimatsu: Tidak… Beta tak boleh tinggalkan rakyat Beta disini. Jika Beta pergi, Beta tidak layak untuk menjadi Raja Hyaku… Pergilah kamu bertiga. Selamatkanlah Resha daripada tempat ini. Buatlah apa sahaja yang kamu mampu untuk menyelamatkannya. Beta yakin dengan kamu bertiga. Berjanjilah kepada Beta.
Dong!
Pintu penjara jelas kedengaran.
Luna: Tidak… Kami tidak akan pergi tanpa Tuanku!
Tegas Luna sambil menghulurkan tangannya dengan keras. Kyuzo yang memasuki penjara itu bersama-sama pengikutnya sedar akan pencerobohan itu dan melancarkan serangan yang bercahaya ungu kepada Raja Tsugimatsu. Baginda yang sedar akan serangan itu menolak mereka ke dalam lubang itu dan menerima pukulan cahaya ungu itu. Sebelum lubang itu sempat tertutup, mereka menyaksikan baginda rebah dengan perlahan.
Funanori, Luna, Lina: Tuanku!!!
Raja Tsugimatsu: Per… gi…
Dengan itu tertutuplah lubang tersebut. Pengikutnya yang baru sedar akan pencerobohan itu lari kearah Kyuzo sambil menyembah kakinya.
Pengikut: Maafkan saya Tuan!!! Saya terlelap!!!
Kyuzo: Berdiri… Aku maafkan kau… Tapi…
Pengikut: Ya Tuan…
Zuup!
Pengikutnya itu rebah dan mati setelah ditikam oleh Kyuzo di dadanya.
Kyuzo: Kau mesti mati. Hmm… Sekarang aku terpaksa beralih kepada plan B.
Sedang Resha berlari sekuat-kuatnya, tiba-tiba sebuah lubang ungu muncul dihadapan. Telah terlambat untuk Resha berhenti lalu Resha terhumban ke dalam lubang itu dan terperangkap.
~bersambung~





